Perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi
(HSBB) Telekom Malaysia Berhad (TM), UniFi, melangkaui paras 400,000
pelanggan lebih awal dari sasaran iaitu pada hujung tahun ini. Kejayaan
ini lebih bermakna apabila ianya dicapai dalam tempoh kurang daripada
tiga bulan selepas langganan UniFi mencecah 300,000.
Pada masa ini, UniFi ditawarkan di 83
kawasan meliputi sebanyak lebih 1.222 juta premis termasuk; 63 kawasan
di Lembah Klang, 3 di Pulau Pinang, 2 di Kedah, 9 di Johor, 2 di Melaka,
2 di Negeri Sembilan, 1 di Perak dan yang terbaru, 1 di Terengganu. TM
berkedudukan baik untuk mencapai sasaran 1.3 juta premis sedia dipasang
menjelang akhir 2012.
Dato’ Sri Zamzamzairani Mohd Isa, Ketua
Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, mengulas tentang pencapaian ini, "Kami
amat gembira kerana perkhidmatan utama kami telah berjaya melepasi paras
400,000 pelanggan seluruh negara. Kawasan liputan UniFi semakin meluas,
dengan Terengganu menjadi yang terbaru awal bulan ini. Ini terus
membuktikan bahawa kami sememangnya adalah pembekal jalur lebar No.1
negara. Kami ingin berterima kasih kepada lebih daripada 2 juta orang
pelanggan kami kerana terus mempercayai kami. Kejayaan ini juga dicapai
tidak lama selepas kami menerima pengiktirafan Anugerah Reader’s Digest 2012 Trusted Brands dan Anugerah 2012 Frost & Sullivan Asia Pacific ICT Fixed Broadband Provider of the Year."
No comments:
Post a Comment