Nuffnang

Tuesday, June 11, 2013

TM Lancar Penyelesaian Perniagaan

Petaling Jaya: Telekom Malaysia (TM) melancarkan penyelesaian perniagaan baru yang direka khusus bagi industri hospitaliti iaitu ‘Hospitality Entertainment Solution’ dengan sasaran kepada pengusaha hotel, apartment sewa, inap desa, resort dan sebagainya.

Naib Presiden Eksekutif PKS TM Azizi A Hadi berkata, penyelesaian itu menawarkan akses Internet berwayar dan tanpa wayar serta perkhidmatan televisyen melalui protokol Internet (IPTV) TM iaitu HyppTV.
Menurutnya, pihaknya yakin penyelesaian itu mampu menyumbang impak positif kepada
pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan dan terus menjadikan syarikat sebagai rakan komunikasi serta penyelesaian pilihan di Malaysia.

“Sebagai bukti, syarikat berjaya mencatatkan peningkatan jumlah pelanggan daripada 485,000 pada awal tahun lalu kepada 510,000 ketika ini,” katanya pada majlis pelancaran penyelesaian itu sempena TM SME Bizfest 2013 di sini, semalam.

Pelanggan perkhidmatan itu boleh menggunakan sambungan Internet berkelajuan tinggi tanpa had di samping penyelesaian hiburan yang disertakan dengan sistem sokongan sepanjang masa daripada pusat panggilan TM. Dalam perkembangan lain, TM turut menganjurkan TM SME Bizfest 2013 dengan tema ‘Expanding Further’ bertujuan memberi platform kepada pengusaha industri PKS untuk mendapatkan maklumat mengenai cara menjalankan perniagaan secara efektif.
sumber : berita harian,hmetro

JOM DAFTAR UNIFI DAN STREAMYX ANDA DI SINI

No comments:

Post a Comment